Wednesday, July 2, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH

Sekolah ini mula diasaskan pada januari 1986.Terdiri daripada tiga bilik darjah dan sebuah pejabat dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad.Sesi pengajian dijalankan pada sebelah petang.

Pada pertengahan tahun 1988, Sebuah bangunan Lima bilik darjah siap dibina.Bangunan ini digunakan sebagai bilik darjah ( tiga bilik ), bilik guru ( satu bilik ) dan makmal sains ( satu bilik ) Akhir tahun 1989, sebuah bangunan siap dibina dan bangunan menempatkan bengkel Kemahiran Hidup (dua bilik ), Pusat Sumber ( satu bilik ) dan Surau ( satu bilik ).

Menjelang tahun 1992 kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 18 ekar di Kampung Padang Ragut bernilai RM 900,000.00 sebagai tapak baru SMKAH.Bagaimanapun, projek yang bernilai RM 4.78 juta hasil pinjaman Bank Dunia telah tergendala kerana masalah setinggan di tapak projek tersebut.Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah membina sebuah lagi bangunan yang terdiri daripada tiga bilik darjah dan telah siap pada akhir tahun 1993.

Tender Projek SMKAH telah dikeluarkan pada 12 mei 1994. Projek mula dilaksanakan pada 19 Disember 1994 oleh kontraktor Konsortium Indera Sdn.Bhd dari Perlis.Bagunan sekolah baru dapat diduduki sepenuhnya pada akhir tahun 1996.

1 comment:

Anonymous said...

thx for this info. bley wat tuk folio sejarah ting. 2 neh. hehe. mekaseyh ye kpd suma ckg2.

Aktiviti 2009_Hari bertemu waris dan bacaan yasin untuk murid tingkatan 3 dan 5

Lawatan Dari SK Kampung Chad -Kelantan