Thursday, July 3, 2008

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HANGAT

Pengetua : Tn Hj Md Nayan B Othman
Penolong Kanan Kurikulum : En Anuar B Ahmad
Penolong Kanan HEM : En Ahmad Shaker B Abdul Majeed
Penolong Kanan Ko-Kurikulum : En Mohammad Isham B Saadon
Kaunselor 1 : Pn Zulaila Bt Ahmad
Kaunselor 2 : Pn Rofidah Bt Jaafar
Kaunselor 3 : Pn Hafidah Hani Bt Hanafi
Pusat Sumber : Cik Noorliza Bt Samsudin
Makmal Komputer : Pn Yong Chun Charn


Panitia
Bahasa Melayu : Pn Rosmiza Bt Adam
Bahasa Inggeris : Pn Hasliza Bt Zakiuddin
Matematik : Pn Zanariah Bt Omar
Sains : Pn Hasnora Bt Dollah
Geografi :Cik Ooi Chi Chien
Sejarah : En Ismail B Abdullah
Bahasa Arab : Tn Hj Muhammad Helmi B Elias
Pendidikan Islam : Ustaz Juha B Che Hasim
Tassawur Islam : Ustazah Che Harison Bt Saleh
Sains Pertanian : Pn Haslinda Bt Hashan
Pendidikan Seni Visual : Pn Siti Suhani Bt Mohd Amir
Kemahiran Hidup : Pn Rosmaliza Bt Mamat
Katering & Penyajian : En Mohd Najib B Bab
Pendidikan Jasmani Kesihatan : En Afzanizam B Tahar
Sains Sukan : En Zulkarnain B Harun
Perdagangan : Pn Norliza A.Rahman @ Man
Reka Cipta : En Fadzli B Arshad
ICT : Pn Yong Chun Charn
Sivik : Pn Rohana Bt Ali @ Chik

FIZIKAL SEKOLAH

  • 5 blok bangunan
  • 1 blok kantin
  • 1 buah surau
  • 1 Unit kedai koperasi
  • 1unit Pusat Sumber
  • 1 Unit Bilik Seminar
  • 1 Unit Bilik Katering
  • Makmal Formula One
  • 1 Blok Makmal Komputer
  • Kem Seri Puteri ( Tapak Perkhemahan )
  • 6 Unit Rumah Guru
  • Laluan Par Course

WARGA SEKOLAH

GURU - 60 ORANG
BUKAN GURU - 10 ORANG
PELAJAR - 640 ORANG

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PEMANTAUAN

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada juri yang memantau bilik PPDa SMK Ayer Hangat Langkawi. Semoga dengan kehadiran pihak juri akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan status Bilik PPDa ini sebagai sumber informasi tentang dadah dan bahaya penyalahgunaan dadah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam mengemaskini dan menceriakan bilik PPDa selama ini. Sebarang kelemahan yang ada harap dapat dimaafkan dan pihak kami akan cuba memperbaikinya sebaik mungkin.
Akhir kata, diharap semua pihak juri akan sentiasa ceria berada di sekolah ini khususnya dan di Langkawi amnya. Semoga datang lagi.
Sekian terima kasih.

LAWATAN PEMANTAU DAN PEMERIKSAAN BILIK SUMBER PPDa SMKAH































Lawatan dan pemantauan bilik sumber PPDa SMKAH
dari Kementerian Pelajaran Malaysia



Lawatan KE BILIK SUMBER PPDa
oleh pelajar

BILIK SUMBER PPDa


BILIK PPDA
SMK AYER HANGAT

"SMKAH BERWATAK KEMAS DAN BERADAB"


VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebagsaan Ayer Hangat Akan Menjadi Sekolah Cemerlang Di Negeri Kedah Menjelang 2010.


MISI SEKOLAH

  • Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
  • Meningkatkan Peratus Akademik Setiap Tahun
  • Mewujudkan Suasana Guru Mengajar Murid Belajar
  • Menguasai dan menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
  • Sentiasa mengamalkan budaya berwatak kemas dan beradab serta berpegang kepada disiplin sebagai teras kejayaan
  • Mengembangkan bakat dan intelek pelajar melalui pelbagai aktiviti kokurikulum
  • Memberi sokongan dan perkongsian bestari diantara sekolah dan komuniti
  • Memperkasakan bahasa inggeris

“Dalam mengejar kecemerlangan, usaha ini tidak akan berhasil tanpa disiplin diri yang baik. Pelajar yang berjaya sememangnya merupakan pelajar yang mempunyai disiplin diri dan sahsiah yang terpuji.”

Petikan kata-kata daripada kata-kata
Tuan Haji Md Nayan Bin Othman
(Pengetua SMK Ayer Hangat).

Wednesday, July 2, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH

Sekolah ini mula diasaskan pada januari 1986.Terdiri daripada tiga bilik darjah dan sebuah pejabat dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad.Sesi pengajian dijalankan pada sebelah petang.

Pada pertengahan tahun 1988, Sebuah bangunan Lima bilik darjah siap dibina.Bangunan ini digunakan sebagai bilik darjah ( tiga bilik ), bilik guru ( satu bilik ) dan makmal sains ( satu bilik ) Akhir tahun 1989, sebuah bangunan siap dibina dan bangunan menempatkan bengkel Kemahiran Hidup (dua bilik ), Pusat Sumber ( satu bilik ) dan Surau ( satu bilik ).

Menjelang tahun 1992 kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 18 ekar di Kampung Padang Ragut bernilai RM 900,000.00 sebagai tapak baru SMKAH.Bagaimanapun, projek yang bernilai RM 4.78 juta hasil pinjaman Bank Dunia telah tergendala kerana masalah setinggan di tapak projek tersebut.Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah membina sebuah lagi bangunan yang terdiri daripada tiga bilik darjah dan telah siap pada akhir tahun 1993.

Tender Projek SMKAH telah dikeluarkan pada 12 mei 1994. Projek mula dilaksanakan pada 19 Disember 1994 oleh kontraktor Konsortium Indera Sdn.Bhd dari Perlis.Bagunan sekolah baru dapat diduduki sepenuhnya pada akhir tahun 1996.

Aktiviti 2009_Hari bertemu waris dan bacaan yasin untuk murid tingkatan 3 dan 5

Lawatan Dari SK Kampung Chad -Kelantan