Thursday, July 3, 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PEMANTAUAN

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada juri yang memantau bilik PPDa SMK Ayer Hangat Langkawi. Semoga dengan kehadiran pihak juri akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan status Bilik PPDa ini sebagai sumber informasi tentang dadah dan bahaya penyalahgunaan dadah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam mengemaskini dan menceriakan bilik PPDa selama ini. Sebarang kelemahan yang ada harap dapat dimaafkan dan pihak kami akan cuba memperbaikinya sebaik mungkin.
Akhir kata, diharap semua pihak juri akan sentiasa ceria berada di sekolah ini khususnya dan di Langkawi amnya. Semoga datang lagi.
Sekian terima kasih.

No comments:

Aktiviti 2009_Hari bertemu waris dan bacaan yasin untuk murid tingkatan 3 dan 5

Lawatan Dari SK Kampung Chad -Kelantan